Dewan pameran OGDC tutup 15-23 Julai

Dewan pameran OGDC tutup 15-23 Julai

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) memaklumkan kepada orang ramai bahawa dewan pameran pusat itu akan ditutup bermula 15 sehingga 23 Julai 2015.

OGDC dalam kenyataannya berkata penutupan itu adalah sempena cuti umum menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, OGDC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung beragama Islam.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi melalui talian 3377200 atau menghantar e-mel ke pusat berkenaan melalui alamat info@ogdcbrunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA