Dewan SR Sungai Tali, Lumut terbakar

Dewan SR Sungai Tali, Lumut terbakar

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 12 Jan – Tindakan pantas beberapa orang guru telah berjaya mengawal api daripada merebak lebih besar dalam kejadian kebakaran di Dewan Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut petang tadi.

Balai Bomba Sungai Liang melaporkan, telah menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3:41 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian bersama 12 orang anggota bomba dan penyelamat serta dan tiga buah jentera bomba dengan diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai, Awang Muhd Sadiy. Pihak bomba turut melaporkan, api berjaya dipadamkan melalui tindakan cekap beberapa orang guru yang memadam api menggunakan alat pemadam api yang terdapat di sekolah terbabit, sebelum pihak bomba tiba.

Sejurus tiba, anggota bomba dan penyelamat telah membawa masuk pasukan alat pernafasan ke dalam dewan ekoran kepulan asap yang tebal.

pg01_160113_a

Kesan kerosakkan akibat kejadian kebakaran ke atas dewan sekolah petang kelmarin.
Kesan kerosakkan akibat kejadian kebakaran ke atas dewan sekolah petang kelmarin.

Kejadian dikatakan telah disedari oleh guru-guru yang baru selesai mengadakan mesyuarat.

Akibat kejadian itu, kerugian dianggarkan berjumlah kira-kira $2,000 bagaimanapun tiada sebarang kecedaraan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Turut hadir di tempat kejadian ialah Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah, Penolong Penguasa Bomba Wan Julaini bin Wan Ibrahim dan Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, Pegawai Balai Muhd Ali bin Hassan.

ARTIKEL YANG SAMA