DHSB sumbang wakaf

DHSB sumbang wakaf

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Masjid Kampung Mentiri, hari ini, menerima sumbangan wakaf berupa tikar sejadah daripada Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) pada majlis yang berlangsung di masjid berkenaan.

Menurut DSHB, sejadah baru itu akan menggantikan tikar lama yang sudah usang. Dengan adanya tikar baru, ia akan dapat memberi keselesaan kepada setiap jemaah yang datang ke masjid berkenaan.

Hadir menyampaikan sumbangan wakaf berkenaan ialah, Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd, Haji Mahmud bin Haji Mohamed.

Projek sumbangan wakaf ke masjid berkenaan merupakan inisiatif DHSB, dan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat yang telah berjalan sejak tahun 2008.

Haji Mahmud menyampaikan sumbangan wakaf Darussalam Holdings Sdn Bhd.
Haji Mahmud menyampaikan sumbangan wakaf Darussalam Holdings Sdn Bhd.

Penyampaian wakaf berkenaan adalah bersempena dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menekankan agar pihak kerajaan dan swasta sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan bacaan Surah Yasin sebelum penyerahan sumbangan wakaf berkenaan.

Majlis juga dihadiri oleh para jemaah dari Kampung Mentiri dan Pengkalan Sibabau serta sekitarnya.

ARTIKEL YANG SAMA