Di ambang pembentukan kabinet baru

Di ambang pembentukan kabinet baru

BAITULMAQDIS, 30 April – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mencatatkan kejayaan awal ke arah pembentukan kerajaan baru semalam, dengan memeterai perjanjian bersama dua parti, seminggu sebelum tarikh akhir untuk membentangkan kabinet.

Parti Likud pimpinannya memenangi kejayaan mengejut dalam pilihan raya 17 Mac tetapi 30 kerusi parlimen yang dimenangi, masih memerlukan pihaknya membentuk majoriti dalam dewan seramai 120 anggota jika mahu membentuk kerajaan.

Pada semalam, beliau menandatangani perjanjian gabungan dengan parti ultra-Ortodoks United Torah Judaism (UTJ) dan Parti Kulanu, menjadikan gabungan sejumlah 46 kerusi di bawah pengendaliannya.

Pemimpin Kulanu Moshe Kahalon, yang berkempen atas asas reformasi sosial, dijanjikan portfolio kewangan, kata kenyataan yang sama dari partinya Likud.

“Dalam kerajaan akan datang kita akan memberikan penekanan kepada reformasi mengenai perumahan, perbankan dan usaha untuk mengecilkan jurang dalam masyarakat Israel,” mereka memetik beliau sebagai berkata di majlis penandatangan tersebut.

Radio awam berkata awal hari ini bahawa Kulanu juga akan menerima jawatan-jawatan bagi kementerian perlindungan alam sekitar dan pembinaan.

Kenyataan berasingan Likud turut mengumumkan perjanjian dengan UTJ.

“Saya fikir perjanjian yang kami capai adalah perjanjian yang baik,” ia memetik pemimpin parti UTJ Yaakov Litzman sebagai berkata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA