Di Canio ditolak gara-gara tatu facisme

Di Canio ditolak gara-gara tatu facisme

ROM, 15 Sept – Paolo Di Canio semalam digugurkan peranan sebagai penyampai di Sky Italia selepas satu daripada tatu di badannya didapati berkaitan Benito Mussolini, sekali gus mencetuskan berang dan bantahan meluas di laman sosial.

Bekas pemain Itali dan pengurus kelab Inggeris Sunderland itu menjadi muka utama Sky Italia bagi liputan perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu dengan memakai baju tanpa kolar mendedahkan tatu kontroversi di tangannya yang tertulis ‘DUX’.

Dux dalam Bahasa latin ialah Duce (Jeneral atau pemimpin Itali) dengan Il Duce adalah nama jolokan yang diberi kepada diktator Itali, Mussolini.

“Kami melakukan kesilapan, kami meminta maaf kepada sesiapa saja yang terluka,” kata Naib Presiden Eksekutif Sky Sports, Jacques Raynaud.

“Selepas mengadakan perbincangan panjang dengan Di Canio, dan di sebalik sikap profesionalnya dan kepakarannya mengenai bola sepak, kami semua memutuskan untuk menggantung kerjasama.”

Gara-gara tatu Benito Mussolini, Di Canio telah digugurkan sebagai penyampai di Sky Italia selepas menerima bantahan meluas di media sosial. – AFP
Gara-gara tatu Benito Mussolini, Di Canio telah digugurkan sebagai penyampai di Sky Italia selepas menerima bantahan meluas di media sosial. – AFP

Mussolini memerintah Itali sebagai Perdana Menteri menerusi perlembagaan pada awalnya sebelum berubah menjadi diktator dari 1925 hingga 1943.

Di Canio, 48, pernah beraksi bersama beberapa kelab terkemuka Serie A termasuklah Lazio, Juventus, Napoli dan AC Milan.

Dia kemudian berpindah ke Celtic, Sheffield Wednesday dan West Ham di mana dia pernah duduk di atas padang untuk menggesa pengurus ketika itu, Harry Redknapp menggantikannya selain di Charlton.

Selepas menamatkan kerjaya pemain di Itali, dia mengubah haluan ke medan pengurusan dengan mengendalikan Swindon Town di mana dia mencetus satu lagi insiden apabila bertumbuk dengan penyerang, Leon Clarke di tepi padang.

Pada 2013, Di Canio mengendalikan pasukan Sunderland namun hanya bertahan selama enam bulan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA