Di Francesco berpuas hati

ROMA, 6 Dis – Eusebio Di Francesco memuji Roma selepas membuktikan kepada pengkritik bahawa kelab Serie A itu berjaya menempah slot dalam 16 terakhir Liga Juara-Juara mengatasi Chelsea dalam aksi perlawanan awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Roma meraikan dua agenda iaitu sebelum perlawanan bermula, orang ramai dimaklumkan bahawa pembinaan untuk stadium baharu telahpun diluluskan.

“Saya sangat berpuas hati kerana ramai tidak percaya bahawa kami mampu melayakkan diri, mereka menyangka kami tersingkir tetapi kami berkerja keras, membuktikan kemampuan kami dan menjuarai kumpulan,” kata Di Francesco

Roma menewaskan Azeris Qarabag 1-0 untuk menjuarai Kumpulan C selepas tandukan dari Diego Perotti memastikan Roma mengakhiri peringkat kumpulan dengan berada di atas Chelsea, yang berkesudahan seri 1-1 menentang Atletico Madrid di London.

Laluan Roma untuk berada di tangga teratas diikuti dengan kempen yang memberangsangkan termasuk memperolehi mata penuh menentang Qarabag, berjaya menewaskan Chelsea 3-0 di Rome dan seri 3-3 di London, hanya mengalami kekalahan 2-0 menentang Atletico Madrid di Sepanyol. – AFP

Pemain Roma meraikan kemenangan mereka selepas tamat perlawanan menentang FK Qarabag dalam aksi Kumpulan C. – AFP