Di Maria bantu PSG ke final Piala Liga

Di Maria bantu PSG ke final Piala Liga

PARIS, 28 Jan – Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) menempah tempat ke final Piala Liga selepas menewaskan Toulouse 2-0 di Parc des Princes, awal pagi ini.

Pasukan pelawat itu mempamerkan peningkatan selepas ditewaskan 4-0 di Monaco pada Ahad lalu, tetapi keputusan nampak kekal selepas Ezequiel Lavezzi meletakkan PSG di depan.

Angel di Maria yang mempamerkan aksi cemerlang dengan menyumbat dua gol menentang Angers pada Sabtu lalu, sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dengan menjaringkan gol kedua bagi meranapkan harapan Toulouse.

Kekecewaan pasukan pelawat bertambah apabila penalti pemain gantian, Martin Braithwaite diselamatkan Nicolas Douchez.

Kelab ibu kota itu kini hanya ketinggalan satu kemenangan sebelum boleh menjulang rekod kemenangan lima Piala Liga dan akan berdepan Lille di final pada 23 April di Stade de France.

Di Maria dikerumuni rakan sepasukannya selepas dia berjaya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. – AFP
Di Maria dikerumuni rakan sepasukannya selepas dia berjaya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. – AFP

“Kami mempamerkan mental yang kuat dan bermain dengan baik,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc yang melakukan tujuh perubahan pada perlawanan itu.

“Kami adalah pasukan yang lebih tenang, pemain mahu memenangi perlawanan.”

Perlawanan babak pertama bagaimanapun sedikit hambar, dengan cubaan pemain tengah PSG, Benjamin Stambouli adalah satu-satunya percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan yang dilihat mampu mencipta jaringan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA