Di Maria bantu PSG lebar rekod kemenangan

Di Maria bantu PSG lebar rekod kemenangan

RENNES, PerancisM 1 Nov (Agensi) – Bintang baru Paris Saint-Germain (PSG), Angel di Maria berjaya merekodkan gol ketiga bersama kelab itu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika mereka menewaskan Stade Rennais 1-0 pada aksi Liga Perancis semalam.

Kejayaan tersebut menyaksikan PSG terus unggul dan kukuh menguasai persada liga dengan kelebihan 10 mata. Pemain antarabangsa Argentina itu berjaya merobek gawang Rennais ketika perlawanan berbaki 15 minit selepas Marco Verrartti memulakan gerak yang menarik sebelum menghantar bola kepada Lucas Moura yang bijak melakukan hantaran lintang sebelum berjaya disudahkan oleh di Maria.

Kemenangan tersebut menyaksikan pa–sukan bimbingan Laurent Blanc itu belum tewas dalam 12 perlawanan musim ini apabila mencatat 10 kemenangan dan dua seri sebelum ini.

Di Maria (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan yang juga gol tunggal perlawanan ketika PSG menewaskan Rennes 1-0 pada aksi Liga Perancis. – AFP
Di Maria (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan yang juga gol tunggal perlawanan ketika PSG menewaskan Rennes 1-0 pada aksi Liga Perancis. – AFP

Rennes masih kekal berada di tangga ketujuh liga, namun mereka kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

PSG bakal berdepan Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu depan dan pemain tengahnya, Blaise Matuidi mengharapkan di Maria akan diberi peranan yang lebih besar.

“Gol yang dijaringkan di Maria sangat menarik, dia seorang pemain yang hebat. Dia hanya perlu menyesuaikan diri dengan liga ini dan saya harap kami mampu bermain dengan baik Selasa ini,” ujarnya.