Di Maria tunggu Real

Di Maria tunggu Real

PARIS, 20 Okt – Ramai peminat Real Madrid kecewa apabila kelab itu menjual Angel Di Maria pada 2014 dan midfield Paris St Germain itu akan memberikan peringatan bahawa ada sesuatu yang hilang dari Los Blancos dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan A esok.

Real menjual pemain dari Argentina itu kepada Manchester United dalam sebahagiannya untuk membiayai dasar pemilihan presiden Florentino Perez untuk pemain cemerlang Piala Dunia, dengan Toni Kross dari Jerman dan James Rodriguez dari Colombia tiba sebelum perpindahan Di Maria ke England.

Berikutan kegagalan di United, Di Maria, 27, dengan nama samarannya ‘Fideo’ kerana bentuk tubuhnya yang kurus, berpindah ke ibu negara Perancis untuk mencari kehidupan baru dan telah mempamerkan persembahan kental dan luar biasa dalam kerjayanya di Ligue 1.

Dia adalah tokoh utama Real ketika empat tahun di Madrid dan dinamakan sebagai pemain terbaik apabila menewaskan Atletico 4-1 untuk meraih ‘La Decima’ ataupun rekod 10 gelaran Piala Eropah dalam musim akhirnya.

Larian pantas Di Maria membantu memberikan umpanan kepada Gareth Bale untuk pendahuluan 2-1 Real. Dia juga dikenang untuk hantaran lintang kencangnya kepada Cristiano Ronaldo untuk membuat tandukan dan memenangi final Piala Raja 2011 menentang Barcelona.

Di Maria (kanan) akan menentang bekas kelabnya dalam aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri esok. – Reuters
Di Maria (kanan) akan menentang bekas kelabnya dalam aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri esok. – Reuters

“Jika saya menjaringkan gol menentang Madrid, saya tidak akan meraikannya kerana di hati saya, saya tidak pernah melupakan apa yang saya alami di sana bersama Decima,” Di Maria memberitahu French TV.

Real mencatatkan kemenangan 3-0 dalam kemenangan La Liga di tempat sendiri menentang Levante Sabtu lalu. Jurulatih Rafa Benitez berharap sebahagian pemain yang hilang kerana kecederaan termasuk kapten Sergio Ramos, midfield Luka Modric dan penyerang Karim Benzema akan kembali untuk pertemuan di Parc des Princes.

Bale dilihat pasti akan terlepas perlawanan itu selepas ujian semalam menunjukkan dia mengalami kecederaan kaki. PSG dikuatkan dengan persembahan Zlatan Ibrahimovic baru–baru ini yang menggambarkan dia menghampiri rentak terbaik selepas kecederaan mengganggunya awal musim ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA