Di Matteo pengurus baharu Villa

Di Matteo pengurus baharu Villa

LONDON, 3 Jun – Roberto Di Matteo bersetuju untuk menjadi pengurus Aston Villa dengan kelab dari Birmingham itu dijangka mengumumkan pelantikannya hari ini, lapor media Britain.

Bekas pengurus Chelsea itu diletakkan sebagai calon utama menggantikan tempat Remi Garde yang dipecat, Mac lalu selepas Villa tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Di Matteo, 45, membawa Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara pada 2012 dan difahamkan mendapat sokongan penuh daripada pemilik baharu Villa yang juga ahli perniagaan China, Dr Tony Xia.

Bekas pemain tengah The Blues itu masih mempunyai rumah berdekatan Birmingham yang dibelinya ketika menjadi jurulatih West Bromich Albion.

Roberto Di Matteo bersetuju untuk menjadi pengurus Aston Villa selepas beliau diletakkan sebagai calon utama menggantikan Remi Garde yang dipecat Mac lalu. - AP
Roberto Di Matteo bersetuju untuk menjadi pengurus Aston Villa selepas beliau diletakkan sebagai calon utama menggantikan Remi Garde yang dipecat Mac lalu. – AP

Di Matteo tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana pasukan sejak dia meletakkan jawatan jurulatih kelab Jerman, Schalke setahun yang lalu.

Kali terakhir dia membimbing kelab yang beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan adalah ketika membantu West Bromich sehingga layak ke Liga Perdana Inggeris pada 2010.

Difahamkan, Di Matteo akan dibantu bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Steve Clarke bagi mengendalikan Villa. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA