Diafra Sakho ditahan atas ancaman bunuh

Diafra Sakho ditahan atas ancaman bunuh

LONDON, 26 Ogos (AFP) – Pemain West Ham United, Diafra Sakho ditahan pihak berkuasa kerana disyaki melakukan ancaman bunuh dan menyaksikan ugutan dengan jurucakapnya, menafikan segala tuduhan terbabit.

Ibu pejabat polis Scotland Yard berkata pegawai polis di Timur London melakukan tangkapan itu pada Ahad lalu.

Pegawai dari Havering menahan lelaki kerana disyaki melakukan ancaman bunuh dan menyaksikan ugutan,” kata jurucakap polis.

“Lelaki berusia 25 tahun sudah ditahan. Dia dibawa ke balai polis di Timur London dan jaminan untuknya ditangguhkan sementara menunggu siasatan polis hingga ke satu tarikh pada awal Oktober.”

Pemain antarabangsa Senegal itu turut disoal siasat awal bulan ini kerana disyaki melakukan serangan. Jurucakap kepada pemain itu berkata kepada akhbar The Sun: “Diafra Sakho tidak didakwa atas sebarang kesalahan.

“Dia bersungguh-sungguh menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya, dan sudah memberikan polis penjelasan yang lengkap terhadap peristiwa itu. “Dia tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut.”

Sakho menyertai West Ham dari kelab Perancis Metz tahun lalu dan menjaringkan 12 gol pada musim pertamanya di Upton Park.

Sakho bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris bagi kelab di Timur London itu musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA