Diafra Sakho kemalangan

Diafra Sakho kemalangan

LONDON, 19 Jan – Kereta Lamborghini yang dipandu penyerang West Ham, Diafra Sakho terbabas dan melanggar dinding rumah seorang wanita selain menyebabkan kerosakan teruk ke atas kenderaan Mini Cooper wanita berkenaan.

Kemalangan itu berlaku di Earnest Road di Hornchuch yang terletak di timur London, berhampiran Gereja Nelmes United. Pemain berusia 26 tahun itu dalam entri Snapchat meyakinkan peminat West Ham yang dirinya tidak berdepan kecederaan teruk dengan berkata:

“Maaf kerana kebimbangan kamu semua, saya OK, syukur kepada tuhan.” Malah di entri Twitter, dia turut berkata: “Terima kasih atas mesej kamu. Terbabit dalam kemalangan kecil petang tadi. Syukur tidak ada sesiapa yang cedera.”

Sophie Engstrom, tuan rumah dan juga pemilik kereta Mini Cooper tiga pintu bernilai 13,995 pound itu turut berkongsi gambar insiden berkenaan di laman media sosial.

Di entri Twitter Engstrom, dia berkata: “Malam yang hebat apabila Sakho memandu ke rumah dan kereta kamu.”

Dia juga memuat naik gambar penyerang Senegal itu cuba mengelak daripada bertemu dengan dirinya dengan berkata: “Terima kasih rakan.”

Selain itu dia juga turut membalas mesej daripada rakannya Annie Pollock, yang menulis: “Lebih kelakar, Sophie juga bekerja di Westham.” – Agensi