Dial perkhidmatan helikopter elak kesesakan Beijing

Dial perkhidmatan helikopter elak kesesakan Beijing

BEIJING, 18 Mei – Perkhidmatan percubaan panggilan helikopter   yang dilancarkan bersama oleh operator penerbangan am China Reignwood Star Co Ltd dan platform panggilan teksi terbesar China terbukti amat popular pada hujung minggu di ibu negara Beijing, kata operator hari ini.

Lebih daripada 10,000 pemohon mendaftar untuk perkhidmatan helikopter yang menggunakan platform Didi Kuaidi, namun hanya 100 yang berjaya menaikinya, beritahu Lv Gang, ketua pemasaran Reignwood Star kepada Reuters.

“Ia adalah percubaan selama tiga hari mulai 15 Mei. Maka ramai orang mendaftarnya, tetapi kami tidak mempunyai kapasiti untuk menampung mereka,” kata Lv.

Perjalanan Beijing-Tianjin sejauh 230km dalam helikopter Bell-429 berharga 3,500 yuan setiap seorang, sementara perjalanan ulang-alik ke tasok Yanxi berharga 1,999 yuan.

Penerbangan helikopter merupakan satu konsep baru di China di mana tentera mengawal kebanyakan ruang udara.

Reignwood mesti memohon untuk mendapatkan kebenaran perjalanan sehari lebih awal, walaupun Beijing mempunyai prosedur kebenaran penerbangan yang mudah untuk pesawat udara persendirian sejak akhir 2013. – Reuters

Pelanggan keluar dari sebuah helikopter ketika perkhidmatan percubaan panggilan helikopter dilancarkan bersama oleh Reignwood Star dan platform teksi terbesar China di Beijing, China. – Reuters
Pelanggan keluar dari sebuah helikopter ketika perkhidmatan percubaan panggilan helikopter dilancarkan bersama oleh Reignwood Star dan platform teksi terbesar China di Beijing, China. – Reuters