Dialog BMC bersama masyarakat Mukim Liang-Lumut

Dialog BMC bersama masyarakat Mukim Liang-Lumut

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 20 Dis – Sebagai sebahagian daripada program berterusan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Syarikat Brunei Methanol Company Sdn Bhd (BMC), hari ini, telah menganjurkan Sesi Dialog kali ke-2 bersama pihak-pihak berkepentingan bagi tahun 2015 dengan Komuniti masyarakat di Mukim Liang-Lumut.

Sesi dialog tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan, sektor swasta dan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais, diikuti dengan penerangan oleh ketua-ketua pasukan bagi projek masing-masing di bawah BMC kepada masyarakat Mukim Liang-Lumut mengenai perkembangan projek dan aktiviti mereka.

Acara diteruskan dengan pembentangan daripada Pegawai Perhubungan Berkepentingan BMC mengenai komitmen berterusan BMC korporat syarikat itu.

Sejak tertubuhnya operasi komersialnya, BMC telah terlibat secara aktif dengan program-program ‘outreach’ dan acara-acara yang melibatkan masyarakat sekelilingnya.

Menurutnya, program tersebut dihasrat dapat membantu mengekalkan hubungan rapat antara BMC dengan pihak-pihak berkepentingan, sama ada dengan pihak kerajaan, swasta dan juga masyarakat.

Dialog tersebut yang dijalankan dua kali setahun sejak penubuhan BMC pada tahun 2007 telah terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dengan komuniti penduduk di Sungai Liang, Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA