Diarah jalani penilaian mental

Diarah jalani penilaian mental

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Seorang lelaki tempatan yang menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, untuk menjalani penilaian mental.

Mohamad Roni bin Rajab, 38, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun di kawasan Pejabat Pos, Jalan Bunga Kemantin, Seria antara jam 6:20 dan 6:40 petang pada 30 Jun 2015.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamaliah binti Haji Ibrahim memohon kepada mahkamah supaya tertuduh menjalani penilaian mental memandangkan tertuduh adalah pesakit mental.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA