Dibayar 1 rupee, buang air di tandas awam

Dibayar 1 rupee, buang air di tandas awam

AHMEDABAD, India, 9 Jun (AFP) – Majlis perbandaran di barat India merancang untuk membayar penduduk setempat agar menggunakan tandas awam dalam usaha terdesak untuk menghentikan sebilangan penduduk yang membuang air kecil dan besar di tempat terbuka.

Perbadanan Bandaran Ahmedabad telah mengambil keputusan untuk memberikan satu rupee dalam usaha bagi mereka menggunakan 300 tandas awam dan jauh dari kawasan lapang dan dinding awam, yang sering berbau air kencing.

Ketua pegawai kesihatan AMC Bhavikk Joshi berkata tawaran itu akan dicuba di 67 tandas-tandas awam dalam kawasan Ahmedabad, bandar utama di barat Gujarat, di mana para pegawai akan memberikan satu syiling kepada setiap pengguna. “Apabila projek itu berhasil ia akan dilaksanakan di kesemua 300 tandas awam di Ahmedabad,” Joshi memberitahu AFP kelmarin.

Langkah ini merupakan usaha terbaru untuk memotivasikan orang ramai menggunakan tandas awam setelah kerajaan India mengumumkan kempen kebersihan tahun lepas yang dipelopori oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Penduduk setempat yang sering menggunakan kawasan awam untuk membuang air kecil. – AFP
Penduduk setempat yang sering menggunakan kawasan awam untuk membuang air kecil. – AFP

Kebanyakkan orang di India berpendapat tandas-tandas kurang bersih dan lebih suka mencangkung di kawasan lapang, mempercayainya ia lebih bersih membuang air besar jauh dari rumah.

Pengerusi jawatankuasa AMC Pravin Patel mengatakan pesalah berulang akan “dikenal pasti dan digalakkan” menggunakan tandas awam berbayar.

ARTIKEL YANG SAMA