Dibedil meskipun dalam tempoh gencatan

Dibedil meskipun dalam tempoh gencatan

SANAA, 27 Julai (AFP) – Kumpulan pemberontak Huthi membedil Wilayah Taez di selatan sebaik saja bermulanya gencatan kemanusiaan yang diisytiharkan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi awal hari ini.

Saksi memberitahu pemberontak mengebom kawasan penempatan penduduk di Jebel Sabr.

Di ibu negara Sanaa dan tengah Yaman, perintah gencatan senjata bagaimanapun dipatuhi.