Diberi peluang bersendirian, kukuh hubungan

Diberi peluang bersendirian, kukuh hubungan

SEOUL, 21 Okt – Sekitar 400 warga tua Korea Selatan bertemu secara peribadi hari ini bersama ahli saudara mereka warga Korea Utara yang mereka tidak ketemui lebih 60 tahun, pada hari kedua pertemuan semula bagi keluarga terpisah oleh Perang Korea.

Berbeza daripada hari sebelumnya apabila pertemuan sedih, dalam beberapa kes, jelasnya traumatik telah ditayangkan di hadapan kamera TV, mereka kini diberikan dua jam dalam bilik mereka sendiri untuk cuba mengukuhkan berdekad-dekad perpisahan.

Pertemuan semula minggu ini di pusat peranginan gunung Korea Utara adalah yang kedua diadakan dalam masa lima tahun, dan acara yang sangat dikawal ketat – selama tiga hari – dibenarkan hanya 12 jam bagi waktu sebenar persemukaan.

Dan apabila ia berakhir, ia benar-benar berakhir.

Nam Sook-Ok, 80, mengatakan semasa majlis makan malam berhidang peribadi bersama adiknya warga Korea Utara, Nam Chul-Soon, merasa lebih selesa dan mesra daripada pertemuan awal kelmarin, yang membawa kepada histeria tersembunyi.

“Ia begitu terasa canggung kelmarin kerana ia adalah pertama kalinya. Namun kami dapat bercakap lebih selesa hari ini, ketawa dan berbual bersama,” kata Nam.

Lee Min-Hee, yang bertemu dengan bapa saudaranya warga Korea Utara berusia 85 tahun juga mengatakan atmosfera lebih asli dan hangat semasa majlis makan malam berhidang peribadi.

“Namun dua jam itu terasa amat pendek,” kata Lee yang begitu sedih tentang satu jam dikenakan rehat antara sesi peribadi dan majlis jamuan komunal.

“Ia mungkin lebih baik jika kami boleh pergi keluar, mengambil beberapa foto dan kemudian berjalan keluar makan tengah hari bersama,” katanya.

“Kenapa pisahkan kami apabila kami akan bertemu semula tidak lama kemudian?” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA