Didakwa atas kekejaman terhadap binatang

Didakwa atas kekejaman terhadap binatang

BRISBANE, Australia, 7 Mac (AFP) – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Mad Matt’ dihadapkan ke mahkamah Australia hari ini akibat penggambaran video dirinya selepas memutuskan kepala tikus secara hidup-hidup dan menyiarkannya dalam laman Facebook.

Matthew Maloney, 24, didakwa atas kekejaman terhadap haiwan berikutan serbuan yang dibuat oleh penyiasat RSPCA, selepas aksi yang pelik itu dilakukan pada bulan Januari lalu.

Dia hadir di Mahkamah Majistret Brisbane namun tidak membuat pengakuan. Kes itu telah ditangguhkan sehingga 6 April, kata seorang pegawai mahkamah.

Video menunjukkan Maloney menerjah masuk sebuah bilik, didakwa menggigit kepala tikus itu sehingga putus, kemudian mencucinya dengan tiga cawan vodka.

Klip, yang berada pada laman Facebooknya ‘Mad vids Matts’ telah disaksikan pada lebih daripada 230,000 kali, yang dilaporkan bagi mewujudkan satu cabaran baru dalam sosial media yang membimbangkan.

Selepas rentetan komen yang mengatakan dia jijik, Maloney menghantar pesanan jawapan komen tersebut.

“Semua komen anda melucukan dan tiada seorang pun di luar sana akan dapat berkata apa-apa yang membuat saya merasa buruk atau menyesal terhadap apa yang saya lakukan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA