Didakwa lakukan rasuah

Didakwa lakukan rasuah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan 18 Jun untuk sebutan hukuman bagi seorang Penolong Penguasa Bomba dan Pengarah Urusan Syarikat Pro-Team Construction & Trading Sdn Bhd selepas mereka disabitkan atas tuduhan rasuah.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Bahar menetapkan tarikh itu bagi Penolong Penguasa Bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wadi bin Haji Tuah dan Pengarah Urusan syarikat itu, Yap Tiew Hon.

Wadi didapati menerima rasuah berupa 550 jubin homogen yang bernilai $605 dan dua tan simen berharga $350 daripada Yap Tiew Hon.

pg06_160613_mahkamah logo2

Yap Tiew Hon pula didakwa bersubahat dengan Wadi yang bertanggungjawab untuk memeriksa dan meluluskan projek pembangunan perumahan yang dikendalikan oleh syarikat tersebut.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu pada November 2011.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA