Didakwa melakukan persetubuhan

Didakwa melakukan persetubuhan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi pertuduhan melakukan hubungan seks dengan perempuan di bawah umur.

Mohamad Fuadariffin bin Zainuddin, 27, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun antara bulan Julai dan Ogos 2015 di sebuah rumah di Daerah Tutong.

pg06_160617_mahkamah logo2

Dia didakwa mengikut Seksyen 2, Akta Melakukan Persetubuhan, Penggal 29 yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi dari tujuh tahun, serta sebatan tidak melebihi daripada 24 sebat dalam kes pesalah dewasa atau 12 sebat untuk pesalah muda.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 27 Jun untuk sebutan kes.

ARTIKEL YANG SAMA