Didakwa melakukan persetubuhan

Didakwa melakukan persetubuhan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160627_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah kerana melakukan persetubuhan dengan perempuan di bawah umur akan dibicarakan di Mahkamah Majistret pada November 2016.

Mohamad Fuadariffin bin Zainuddin, 27, yang berdepan tuduhan itu diminta oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman untuk bersedia dengan pembelaannya pada 7 hingga 17 November.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun antara bulan Julai dan Ogos 2015 di sebuah rumah di Daerah Tutong.

Dia didakwa mengikut Seksyen 2 Akta Melakukan Persetubuhan, Penggal 29 yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi dari tujuh tahun, serta sebatan tidak melebihi daripada 24 sebat dalam kes pesalah dewasa atau 12 sebat untuk pesalah muda.

ARTIKEL YANG SAMA