Didakwa menyeleweng wang zakat fitrah

Didakwa menyeleweng wang zakat fitrah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160623_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Seorang pegawai kerajaan yang mengaku bersalah atas pertuduhan salah guna wang zakat fitrah pada 2010 akan mengetahui nasibnya pada 29 Jun ini, di Mahkamah Perantaraan.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan sebutan hukuman ke atas Junaidi bin Haji Duraman, 49, yang bertugas di Pejabat Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat Daerah Belait.

Dia berdepan dakwaan menyeleweng wang zakat fitrah berjumlah $11,707.40.

Fakta kes menyebut, pada 6 November 2010, seorang amil yang dilantik di Masjid Kampung Pandan telah menyerahkan senarai pembayaran zakat dan wang tersebut kepada tertuduh. Siasatan mendapati tertuduh tidak pernah memasukkan wang zakat fitrah yang diterima daripada amil tersebut ke dalam akaun bank jabatan.

Tertuduh telah disoal siasat di mana dia hanya memberitahu wang itu telah dicuri dari kenderaannya yang tidak berkunci ketika dia keluar ke kedai untuk menggunakan tandas.

Tanpa membuat laporan polis, dia bagaimanapun meminta tempoh untuk mengembalikan wang itu.

ARTIKEL YANG SAMA