Didakwa subahat, guna pasport milik orang lain

Didakwa subahat, guna pasport milik orang lain

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seorang lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas tuduhan bersubahat untuk membawa masuk seorang remaja perempuan ke Negara Brunei Darussalam tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Mun Anak Unggie, 36, menghadapi tuduhan membawa masuk remaja berusia 16 tahun itu ke negara ini dengan menggunakan pasport milik orang lain.

Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali mengikut Seksyen 55(1)(b) Akta Imigresen, Penggal 17 yang membawa penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi daripada tujuh tahun dan sebatan tidak kurang dari tiga sebatan.

Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman dan menetapkan 28 November untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA