Didenda $2,800 gagal melaporkan diri

Didenda $2,800 gagal melaporkan diri

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda $2,800 kerana gagal melaporkan diri ke Biro Kawalan Narkotik semasa dalam tempoh pengawasan.

Ibrahim bin Nawi, 44, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

pg06_160609_mahkamah logo2

Dia didakwa gagal melaporkan diri dari 12 Oktober hingga 23 November 2015. Ke-tua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberinya tempoh selama sebulan untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan 14 minggu penjara. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Ahmed Faez Anuar.