Didenda $28,000 akibat rokok

Didenda $28,000 akibat rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161018_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $28,000 selepas disabit oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki rokok seludup pada 2012.

Mohammad Hisham bin Awang Mustaman, 28, didapati bersalah memiliki 66 karton rokok di sebuah rumah di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Bukit Sibanging, Kampung Sungai Buloh dan dua karton rokok lagi, masing-masing dalam kereta MPV dan kenderaan pacuan empat roda yang berada di luar kawasan rumah tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 September 2012.

Defendan memaklumkan mahkamah bahawa dia hanya mampu membayar $100 ke $200 setiap bulan.

“Jumlah bayaran sedemikian akan mengambil tempoh yang lama untuk habis,” kata Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang kemudian memberi tempoh lapan bulan untuk defendan membayar habis kesemua denda itu.

Jika defendan gagal membayar denda dalam tempoh tersebut, Majistret memerintahkannya untuk menjalani penjara selama 18 bulan.

ARTIKEL YANG SAMA