Didenda $3,500, gagal lapor diri ke BKN

Didenda $3,500, gagal lapor diri ke BKN

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Seorang lelaki tempatan didenda $3,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana gagal melaporkan diri ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) semasa dalam tempoh pengawasan pada 2014.

Shambri bin Haji Tunjul, 38, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan itu di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli.

Defendan didakwa gagal melaporkan diri kepada pegawai pengawasan BKN pada 5 Mei, 12 Mei, 19 Mei, 2 Jun, 9 Jun, 16 Jun dan 23 Jun.

Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(3)(a) Akta Penyalahgunaan Dadah (Institusi dan Rawatan dan Pemulihan Yang Diiktiraf) Peraturan 1987 ialah denda tidak melebihi $5,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

pg06_160211_mahkamah logo

Ketua Majistret memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda atau berdepan tujuh bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa BKN, Normahirah binti Rosli.

ARTIKEL YANG SAMA