Didenda $4,000 miliki barang tegahan

Didenda $4,000 miliki barang tegahan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $4,000 ke atas seorang lelaki tempatan berhubung kesalahan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Haji Mohd Pawzi bin Haji Awang Tengah, 55, mengaku bersalah memiliki lima karton dan 46 paket rokok pelbagai jenama di sebuah restoran di Bengkurong pada 17 November 2012 kira-kira jam 5:30 petang.

Tindakannya menyembunyikan rokok-rokok di dalam kontena putih, guni beras, guni gula dan di dalam baldi telah dikesan oleh pegawai pencegah kastam yang membuat pemeriksaan di restoran tersebut.

Dia mengaku membeli kesemua rokok yang ditemui itu di Limbang untuk dirinya dan sebahagian lagi untuk dijual.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan lima bulan penjara.

Pegawai Pendakwa Kastam dalam fakta kes menyebut, duti eksais untuk kesemua rokok itu ialah $400.

ARTIKEL YANG SAMA