Didenda $6,750 atas 5 tuduhan dadah

Didenda $6,750 atas 5 tuduhan dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151113_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $6,750 ke atas seorang lelaki tempatan bagi lima pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Awangku Shahirrul Ismail bin Pengiran Haji Mohd Tahir didakwa mengambil dadah terkawal kelas A, Methylamphetamine pada 19 Ogos 2011; memiliki Methylamphetamine seberat 0.2110 gram dalam keretanya pada 23 November 2011; mengambil dadah Methylamphetamine pada 24 November 2011; memiliki peralatan mengambil dadah pada 23 November 2011 dan mengambil dadah Methylamphetamine pada 2 Julai 2012.

Terdahulu, defendan memohon pertimbangan mahkamah untuk mengurangkan hukuman kerana dia mempunyai anak dan isteri.

“Kenapa baru sekarang kamu memikirkan anak dan isteri kamu.

“Kamu sepatutnya memikirkan mereka sebelum kamu melibatkan diri dalam dadah,” kata Majistret Kanan, Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin.

Majistret kanan memberi tempoh sehingga 25 Februari 2016 untuk defendan membayar denda atau berdepan sembilan bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA