Didenda $87 ribu miliki rokok tidak diisytihar

Didenda $87 ribu miliki rokok tidak diisytihar

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $87,000 ke atas seorang lelaki tempatan bagi tiga pertuduhan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam, pada 2012, 2013 dan 2014.

Haji Ahad bin Adi, 57, disabit memiliki 10 karton rokok seludup di kawasan Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 29 Mac 2012.

pg06_160414_mahkamah logo2

Dia juga didapati bersalah memiliki 40 paket rokok lagi di kawasan Balai Polis Limau Manis pada 9 Mei 2013 dan memiliki 179 karton rokok yang tidak diisytiharkan itu di Kebun Baka, Jalan Junjungan pada 10 Januari 2014.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman turut memerintahkan defendan untuk menjalani hukuman penjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

ARTIKEL YANG SAMA