Didenda akibat mengambil dadah

Didenda akibat mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Gara-gara mengambil dadah pada Mei 2015, seorang lelaki warga tempatan dijatuhi denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Sukaime bin Awang Ali Osman, 39, mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli yang turut memberi tempoh tiga bulan untuk defendan membayar denda itu, atau berdepan tiga bulan penjara jika gagal.

Defendan ditahan oleh anggota Biro Kawalan Narkotik yang mengesyaki adanya aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Rimba pada 4 Mei 2015.

pg06_160322_mahkamah logo2

Pemeriksaan terhadap defendan tidak menemukan sebarang peralatan berkaitan dadah namun sampel air kencing yang diambil setelah dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA