Didenda bawa barang tanpa permit

Didenda bawa barang tanpa permit

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160511_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Gara-gara memiliki minuman keras, rokok dan tongkeng ayam yang tidak diisytiharkan, seorang lelaki warga tempatan dijatuhi denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Eddy bin Dawat berusia 27 tahun mengaku bersalah di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman kerana memiliki 71 tin minuman keras, tiga karton rokok pelbagai jenama dan satu paket tongkeng ayam seberat dua kilogram, pada 25 Februari 2016.

Kertas pertuduhan menyebut, dia ditahan di kawasan Kampung Ujong Jalan, Temburong oleh pegawai pencegah kastam yang membuat pemeriksaan ke atas kereta yang dipandunya di mana mereka menemui barang tanpa permit itu disimpan di tempat duduk dan di tempat letak kaki penumpang belakang.

Defendan mengaku membeli kesemua barang itu di Limbang dan untuk kegunaannya.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah duti eksais bagi rokok itu ialah $130, minuman keras ialah $69 manakala harga pasaran untuk tongkeng ayam ialah $12.

Defendan memberitahu mahkamah, dia tidak mempunyai wang untuk membayar jumlah keseluruhan denda dan memohon untuk membayar secara ansuran di mana Majistret Hajah Ervy membenarkannya untuk membayar $500 setiap bulan sehingga habis, dan jika gagal akan berdepan enam bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA