Didenda miliki barang tegahan – hati buyah, sayap ayam, tongkeng

Didenda miliki barang tegahan – hati buyah, sayap ayam, tongkeng

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $10,600 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki barang tegahan.

Mohammad Hairulazmi bin Hamidon, 33, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid atas dakwaan memiliki 167.06 kilogram hati buyah, 348 kilogram sayap ayam dan 300 kilogram tongkeng.

Defendan didakwa membawa barang tegahan itu dalam keretanya ketika ditahan di kawasan pekeliling Mentiri pada 28 Januari 2016 sekitar jam 7 malam oleh pegawai pencegah kastam yang bertindak selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Defendan mengaku membawa barang tegahan itu dari kawasan pemunggahan bot atas arahan seorang lelaki warga Indonesia yang bernama ‘Si Mas’, yang membayarnya $250 untuk satu perjalanan, dan mengaku telah membuat kerja itu sebanyak 10 kali.

pg06_160212_mahkamah logo

Majistret Dewi membenarkan defendan untuk membayar secara ansuran iaitu $350 setiap bulan sehingga habis dan jika gagal berdepan 10 bulan penjara.

Majistret Dewi turut mengarahkan kesemua barang tegahan bernilai $5,272.48 itu dirampas dan kereta dikembalikan kepada defendan.

ARTIKEL YANG SAMA