Didenda miliki peralatan dadah

Didenda miliki peralatan dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda $4,600 terhadap seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan dadah pada 2013 dan 2014.

Mohamad Adzrin bin Haji Anaf @ Haji Manaf, 37, berdepan dakwaan mengambil dan memiliki peralatan mengambil dadah pada 23 November 2013 dalam sebuah kereta di kawasan Jalan Pangkalan Gadong.

Dia juga didakwa atas pertuduhan yang sama pada 11 November 2014 di Berek Tukang Masak Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah.

pg06_160302_mahkamah logo2

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh tiga bulan untuk defendan membayar denda atau berdepan lapan bulan penjara jika gagal. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA