‘Didi Kuadi’ pencabar Uber di China

‘Didi Kuadi’ pencabar Uber di China

BEIJING, 8 Julai (AFP) – Aplikasi menahan teksi yang terkenal di China Didi Kuaidi mengumumkan hari ini ia mengumpul $2.0 bilion dalam dua minggu, selepas laporan berkata pesaing dari Amerika Syarikat (AS) Uber merancang melabur $1.1 bilion dalam negara itu pada tahun ini.

Didi Kuaidi, yang disokong oleh syarikat teknologi Alibaba dan Tencent dan menganggap dirinya rangkaian pengangkutan berasaskan peranti perhentian terbesar di dunia, berkata pengumpulan dananya menarik “minat mendalam” daripada pelabur global.

Ia menjangka mengumpul “beberapa ratus juta dolar” daripada pelabur baru pada bulan-bulan akan datang, tambahnya.

“Memandangkan pelabur global berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengumpulan wang ini menunjukkan keyakinan mereka dalam perkembangan syarikat kami,” kata Cheng Wei, ketua pegawai eksekutif dan pengerusi syarikat, dalam satu kenyataan.

Kepopularan perusahaan penempahan kereta persendirian seperti Didi Kuaidi dan Uber di San Francisco telah meningkat di China, di mana teksi tradisional dikritik disebabkan perkhidmatan mereka yang lemah dengan pemandu biadap yang tidak menghiraukan pelanggan di jalan.

Untuk sekarang, firma China menguasai pasaran, tetapi kedua-duanya dibelenggu dalam pertarungan sengit untuk mendapatkan pelanggan, menawarkan subsidi dan diskaun penumpang dan pemandu yang menelan kos yang banyak untuk syarikat.

Uber, yang melancarkan operasi di China pada tahun lalu, berkata dalam satu mesej kepada pelabur pada bulan lalu bahawa ia merancang melabur tujuh bilion yuan di China, lapor akhbar Financial Times sebelumnya.

Penumpang Uber mencatat hampir satu juta perjalanan sehari dengan perniagaan bertambah dua kali ganda pada bulans ebelumnya, kata CEO Travis Kalanick, menambah syarikat merancang menambah 50 bandar ke dalam rangkaian operasinya, daripada 11 sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA