Didik baca Al-Quran sejak kecil

Didik baca Al-Quran sejak kecil

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Nov – Peringkat Akhir Peraduan Membaca Al-Quran bagi Sekolah-sekolah Ugama Seluruh Negara anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Bahagian Kokurikulum, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Kupang, Tutong, petang tadi.

Muncul juara lelaki bagi kategori ‘Ba’, iaitu bagi murid-murid Darjah 3 dan 4 ialah Awang Mohammad Hafizuddin bin Mohd Saidin dari Sekolah Ugama Lambak Kanan, Jalan 49, manakala itu, Dayang Amni Aqilah binti Sha’adon dari Sekolah Ugama Tungku, Gadong, selaku juara perempuan.

Dalam kategori ‘Jim’, bagi murid-murid Pra 1 dan 2, juara murid lelaki disandang oleh Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dari Sekolah Ugama Dato Basir, Lambak Kanan dan Dayang Wafa Imani binti Dr. Gamal Abdul Nasir dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah, Kilanas, bagi peserta perempuan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Pegawai Agama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Tetamu kehormat bersama hadirin yang lain ketika menyaksikan Peraduan Membaca Al-Quran bagi Sekolah-sekolah Ugama Seluruh Negara Peringkat Akhir petang kelmarin di Dewan Sekolah Ugama Kupang.
Tetamu kehormat bersama hadirin yang lain ketika menyaksikan Peraduan Membaca Al-Quran bagi Sekolah-sekolah Ugama Seluruh Negara Peringkat Akhir petang kelmarin di Dewan Sekolah Ugama Kupang.
Awang Ahmad Huzaifah muncul johan dalam Peringkat Akhir Peraduan Membaca Al-Quran bagi Kategori ‘Jim’.
Awang Ahmad Huzaifah muncul johan dalam Peringkat Akhir Peraduan Membaca Al-Quran bagi Kategori ‘Jim’.
Awang Hassan ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Mohammad Hafizuddin.
Awang Hassan ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Mohammad Hafizuddin.
Dayang Amni Aqilah (kiri) dan Dayang Wafa Imani selepas menerima hadiah masing-masing.
Dayang Amni Aqilah (kiri) dan Dayang Wafa Imani selepas menerima hadiah masing-masing.

Seramai 275 orang murid dari sekolah-sekolah agama seluruh negara telah menyertai peringkat pemilihan bagi kategori ‘Ba’ dan seramai 396 orang bagi kategori ‘Jim’, namun hanya 10 orang sahaja yang berjaya daripada setiap kategori yang terdiri daripada lima peserta lelaki dan lima peserta perempuan untuk mara ke peringkat akhir.

Peraduan ini merupakan sebahagian daripada kegiatan tahunan JPI yang telah dilaksanakan sejak tahun 1964 dan tahun ini merupakan kali ke-52 ia diadakan dengan tujuannya untuk mendidik, mengasuh dan mencungkil bakat, serta menghayati dan memupuk minat murid-murid dalam bidang pembacaan Al-Quran daripada peringkat rendah kepada peringkat lebih tinggi.

Selain itu, ia juga sebagai usaha dan sokongan dalam mencapai matlamat persekolahan agama supaya pelajar-pelajar pandai membaca Al-Quran dengan lebih baik dan berani tampil di khalayak ramai.

ARTIKEL YANG SAMA