Didik murid hargai keindahan alam

Didik murid hargai keindahan alam

Oleh Pg Hjh Nazhatul Shima Pg Hj Tajuddin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Buat pertama kalinya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sunshine Beribi mengadakan aktiviti riadah walkaton sempena Hari Keluarga dan ‘Earth Week Jam’ yang berlangsung di Taman Agro Teknologi, Kampung Tungku, kelmarin.

Aktiviti telah dihadiri oleh Pengerusi PIBG, Sekolah Sunshine, Mejar (B) Pengiran Haji Tajuddin bin Pengiran Haji Yassin.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Sunshine, Nazancina G Ward, para pegawai Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, para guru dan kakitangan sekolah berkenaan, serta ibu bapa.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah diikuti dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tadika dengan lagu Our Earth yang dipimpin salah seorang guru, Cecilia Espanola dan seterusnya murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6 menyanyikan lagu Love Our Earth.

Senamrobik beramai-ramai sebelum memulakan walkaton sambil menyaksikan keindahan taman.
Senamrobik beramai-ramai sebelum memulakan walkaton sambil menyaksikan keindahan taman.
Murid-murid kelihatan gembira menyertai walkaton di Taman Agro Teknologi.
Murid-murid kelihatan gembira menyertai walkaton di Taman Agro Teknologi.

Senamrobik kemudian diadakan sebelum acara berjalan kaki mengelilingi taman sambil melihat keindahan alam dan haiwan yang ada di sana termasuk burung unta.

Aktiviti ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dan ibu bapa sambil menikmati keindahan alam awal pagi di taman berkenaan.

Dengan mengadakan aktiviti seperti ini juga dapat mendidik murid-murid untuk mencintai serta menghargai keindahan alam semula jadi.