Didik pelajar mengenai keselamatan jalan raya

Didik pelajar mengenai keselamatan jalan raya

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 10 Mei – Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn Bhd telah mengadakan Hari Keselamatan Jalan Raya bertempat di Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria, bersempena Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia kali ketiga yang berlangsung dari 4 hingga 10 Mei. Acara tersebut yang diadakan dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (NRSC), Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) dan Syarikat Megamas Sdn Bhd adalah untuk mendidik pelajar-pelajar tentang kepentingan pendidikan keselamatan jalan raya.

Kira-kira 80 pelajar dan guru terlibat dalam aktiviti interaktif yang berkisar tentang kepentingan untuk menjadi peka di jalan raya dan bagaimana pelajar-pelajar boleh menyumbang kepada pengurangan bilangan kemalangan jalan raya.

pg03_150511_d

Format baru di acara kali ini menggunakan dewan serba guna daripada format pameran bergerak, yang direka untuk mencapai kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru tentang mengenal pasti bahaya di jalan raya dan bagaimana untuk mengelakkannya.

Pegawai dari Bahagian Pendidikan Keselamatan Jalan Raya, MKJN Pengiran Khairul Yusra bin Pengiran Haji Md Yusof dalam ceramahnya pada acara tersebut menekankan kepada pelajar-pelajar tentang amalan penting untuk ketika berjalan kaki di simpang jalan, cara berbasikal dengan cara yang selamat, menaiki dan turun bas secara teratur, dan etika sebagai seorang penumpang bas serta bagaimana mengambil arahan daripada seorang petugas jalan raya ketika melintas jalan.

ARTIKEL YANG SAMA