Didik pentingnya pelihara spesies terancam

Didik pentingnya pelihara spesies terancam

Gambar oleh James Kon

 

Bandar Seri Begawan, 27 Ogos – Seramai 238 orang murid Taman Asuhan 3 (TA 3), Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Taska YSHHB), telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pemeliharaan Penyu Meragang, hari ini.

Berangkat sama ialah cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah (TA 3 Jingga) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah (TA 3 Merah).

Menurut kenyataan Taska YSHHB, antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang pentingnya memelihara dan menjaga spesies terancam seperti penyu di samping memberikan peluang kepada mereka untuk mengenal lebih dekat lagi spesies penyu-penyu yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Lawatan berkenaan telah dibahagikan kepada dua hari, iaitu semalam (26 Ogos) bagi kumpulan 2 dan hari ini bagi kumpulan 1.

YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah mengenali spesies penyu terancam dalam lawatan itu.
YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah mengenali spesies penyu terancam dalam lawatan itu.
Kanak-kanak Taska YSHHB melihat penyu dilepaskan ke laut.
Kanak-kanak Taska YSHHB melihat penyu dilepaskan ke laut.

ARTIKEL YANG SAMA