Diego Simeone ganti Mourinho?

Diego Simeone ganti Mourinho?

LONDON, 8 Nov (Agensi) – Diego Simeone sedia meninggalkan Atletico Madrid untuk membimbing Chelsea pada musim depan, lapor akhbar Britain.

Akhbar Sunday People melaporkan, Simeone menjadi pilihan pemilik kelab, Roman Abramovich jika Jose Mourinho terus mengekalkan rekod tanpa menang Chelsea setakat ini.

Jurulatih kelahiran Argentina berkenaan masih mempunyai kontrak di Atletico Madrid sehingga 2020, namun sedia menebus baki kontrak itu pada akhir musim ini.

Pada perlawanan awal pagi Ahad, Chelsea dimalukan Stoke City 1-0 ketika Mourinho digantung daripada berada bersama pemain di bangku simpanan.

Gambar fail bertarikh 2 November 2015 menunjukkan Diego Simeone ketika menghadiri sidang media di Astana menjelang perlawanan Liga Juara-Juara pasukan bimbingannya menentang Astana FC. – AFP
Gambar fail bertarikh 2 November 2015 menunjukkan Diego Simeone ketika menghadiri sidang media di Astana menjelang perlawanan Liga Juara-Juara pasukan bimbingannya menentang Astana FC. – AFP

Keputusan itu menjadikan Chelsea kini tewas dalam 10 daripada 19 perlawanan pada musim ini.

Sebelum melantik Simeone, Chelsea dijangka akan menyerahkan tugas Mourinho kepada bekas jurulatih Liverpool yang dipecat, Brendan Rodgers.

Rodgers akan dilantik sebagai jurulatih sementara sehingga tamat musim ini jika Mourinho dipecat dalam tempoh terdekat.

ARTIKEL YANG SAMA