Dier sambung kontrak 5 tahun bersama Tottenham

Dier sambung kontrak 5 tahun bersama Tottenham

LONDON, 13 Sept – Pemain midfield Tottenham Eric Dier menandatangani kontrak baru bagi tempoh lima tahun dengan kelab Liga Perdana itu hari ini.

Dier telah membuatkan dirinya sebagai pemain utama dalam skuad Mauricio Pochettino sejak menyertai dari kelab Sporting Lisbon dua tahun lalu dan juga menjadi ahli pasukan dalam skuad kebangsaan England.

Berikutan semusim bermain di bahagian pertahanan, Pochettino mengubah Dier menjadi pemain pertahanan midfield dan dia telah melakukan tugasnya itu dengan baik.

“Kami gembira untuk mengumumkan Eric Dier telah menandatangani kontrak baru dengan kelab ini sehingga 2021,” satu keterangan dalam laman sesawang Tottenham mengatakan.

Eric Dier dalam sidang media menjelang perlawanan di antara Tottenham dan Monaco. – AFP
Eric Dier dalam sidang media menjelang perlawanan di antara Tottenham dan Monaco. – AFP

Kontrak pemain berusia 22 tahun itu tiba sejurus selepas Christian Eriksen mengesahkan masa depan untuk tempoh jangka masa panjang bersama Tottenham dan laporan-laporang juga menyatakan kemungkinan Harry Kane dan Kyle Walker akan mengikuti langkah itu dengan menandatangani perjanjian baru dalam masa terdekat.

Awal pagi Khamis (waktu Brunei), Tottenham akan menghoskan Monaco di Stadium Wembley dalam perlawanan Liga Juara-juara mereka sejak lima tahun.

Dier, yang sudah bermain 11 kali di pasukan kebangsaan, telah membuat 91 penampilan buat Tottenham dan menjaringkan enam gol. – AFP