Dihukum penjara 697 tahun

Dihukum penjara 697 tahun

MEXICO CITY, 29 Julai (Agensi) – Pendakwa Mexico mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah memenangi sabitan “bersejarah” dan hukuman selama 697 tahun di penjara terhadap lima lelaki atas kesalahan membunuh 11 wanita berdekatan bandar sempadan Ciudad Juarez. Pejabat pendakwa negara di negeri Chihuahua berkata lelaki-lelaki tersebut mengumpan para wanita tersebut dengan menjanjikan pekerjaan, tetapi sebaliknya menyerahkan mereka kepada penyeludupan manusia dan dipaksa melacur sebelum dibunuh.

Satu keterangan daripada pejabat tersebut mengelar sabitan atas dakwaan pembunuh teruk dan penyeludupan itu sebagai “teladan dan bersejarah.”

Ciudad Juarez, yang berada di seberang dari El Paso, Texas, merupakan tempat beberapa siri pembunuhan ngeri serupa yang telah membunuh lebih daripada 100 wanita pada awal 1993.

Kemungkinan pembunuhan bersiri atau pembunuhan ditiru dengan profil mangsa serupa dan cara pembunuhan, kelihatan berkurangan pada hujung 2004 atau awal 2005. Kebanyakan jenayah itu kekal tidak dapat diselesaikan, dan tiada antaranya berhubung dengan kes ini.

Enam pesalah yang dijatuhkan hukuman 697 tahun penjara oleh pendakwa Mexico semalam. - Reuters
Enam pesalah yang dijatuhkan hukuman 697 tahun penjara oleh pendakwa Mexico semalam. – Reuters

Dalam kes ini, tinggalan tulang mangsa dijumpai dibuang di lembah Juarez pada 2012, timur bandar itu. Tinggalan mayat itu sangat reput sehingga pihak berkuasa menyangka terdapat 12 mangsa pada awalnya. Kebanyakannya masih muda

Pendakwa menjejaki jejak mangsa-mangsa, kebanyakannya yang telah hilang pada 2009 atau 2010 selepas pergi untuk memohon pekerjaan di kedai-kedai, di sebuah hotel di Ciudad Juarez di mana para mangsa dikurung dan dipaksa untuk bekerja sebagai pelacur. Pesalah mendakwa mereka apabila mereka susah hendak dikawal.