Dikir 12 Malam labuh tirai

Dikir 12 Malam labuh tirai

Gambar Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Majlis Dikir 12 malam berturut-turut di Istana Nurul Iman sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W ditutup dalam majlis penuh adat istiadat dengan dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, malam ini.

Majlis di Baitul Rahman itu turut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin manteri dan manteri-manteri hulubalang, bekas pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, bekas pesuruhjaya polis, ahli-ahli Lembaga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta timbalan-timbalan setiausaha tetap.

Sebaik sahaja kepala majlis berangkat tiba, pehin-pehin khatib dan begawan-begawan pehin khatib serta mudim-mudim masuk ke dalam majlis seorang demi seorang dan duduk di tengah-tengah majlis bagi majlis dikir.

YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz mengetuai adat istiadat penutupan Majlis Dikir 12 Malam di Istana Nurul Iman.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz mengetuai adat istiadat penutupan Majlis Dikir 12 Malam di Istana Nurul Iman.
Antara menteri-menteri kabinet yang menghadiri majlis itu.
Antara menteri-menteri kabinet yang menghadiri majlis itu.

SUASANA Majlis Penutup Dikir yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang sebelum laungan Dikir Syarafil Anam bermula (Dikir Assalamualai, Khairuman, Bisyahrin, Alham dan Badat).

Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban dan apabila sampai perenggan ‘Ya Habibi’, tembakan merian sebanyak 21 das telah dilepaskan.

Doa selamat kemudiannya dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

ARTIKEL YANG SAMA