Dikir Syarafil Anam terus bergema

Dikir Syarafil Anam terus bergema

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Dikir Syarafil Anam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam terus bergema di seluruh masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

Bagi menyemarakkan lagi malam-malam tersebut, rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz hadir pada Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz hadir pada Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

Majlis seumpama ini diadakan adalah sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid dan mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEU dengan jemaah masjid dan para penduduk kampung.

Ia juga bertujuan untuk memohon ganjaran istimewa dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam serta memupuk kesedaran dan keinsafan umat Islam dalam mengenang jasa dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan agama Islam.

Rombongan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya akan meneruskan lagi majlis serupa ke Masjid Kampung Keriam pada 18 Disember ini.

ARTIKEL YANG SAMA