Dilema menggapai misi tertinggi

ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

 

NOVEL Even the Darkest Stars karya Heather Fawcett mengisahkan tentang Kamzin yang sering menyimpan angan-angan untuk menjadi salah seorang daripada pengembara diraja, para pendaki elit yang ditugaskan untuk memetakan pergunungan empayar yang dilitupi salju dan memata-matai musuh-musuhnya. Kamzin percaya bahawa dia boleh menjadi yang terbaik di dunia dalam tugasan itu jika dia diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya.

Namun segala-galanya berubah apabila River Shara, seorang pengembara terhebat, yang eksentrik dan penuh misteri, sampai di perkampungannya dan meminta Kamzin bekerja dengannya untuk ekspedisi seterusnya, bukannya kakak Kamzin, Lusha, seperti yang disangka orang.

Ini adalah peluang keemasan bagi Kamzin membuktikan keupayaannya yang tidak ingin dilepaskannya, meskipun misi River adalah untuk mendapatkan tangkal yang sangat sukar didapati untuk sang maharaja di pergunungan di Arya yang sangat tinggi dan berbahaya Sementara itu, Lusha telah menyertai pesaing ketat River untuk misi yang sama, dan Kamzin harus memilih apakah yang lebih penting bagi dirinya, melindungi kakaknya daripada bahaya yang datang menghendap di gunung itu ataupun mendahuluinya untuk sampai ke puncak? Ternyata untuk mendaki gunung Raksha adalah lebih mencabar daripada apa yang mereka jangkakan, dengan runtuhan salju, keadaan sejuk yang membeku, gangguan hantu-hantu dan cabaran yang semakin hebat sentiasa menanti. Rahsia-rahsia mulai terbocor dan Kamzin harus mencari tahu akan kebenaran di sebalik misi tersebut dan orang-orang yang menyertai ekspedisi tersebut di samping cuba untuk kekal hidup di dalam pendakian paling berbahaya yang pernah dihadapinya itu.

NOVEL Even the Darkest Stars karya Heather Fawcett ini adalah mengisahkan tentang Kamzin yang sering menyimpan angan-angan untuk menjadi salah seorang daripada pengembara diraja, para pendaki elit yang ditugaskan untuk memetakan pergunungan empayar yang dilitupi salju dan memata-matai musuh-musuhnya.