Dilucutkan gelaran, rayuan Juve ditolak

Dilucutkan gelaran, rayuan Juve ditolak

MILAN, 7 Sept – Mahkamah Rom pada Selasa menolak saman berjumlah 444 juta euro juara Itali Juventus ke atas ganti rugi akibat dilucutkan gelaran Serie A 2006 dan penurunan pangkat ke Serie B.

Juventus telah dikenakan penggantungan atas peranan mereka dalam ‘Calciopoli’ mengatur perlawanan yang menggegarkan dunia bola sepak beberapa minggu sebelum Piala Dunia 2006 yang dimenangi oleh Itali.

Walaupun ada lima kelab yang terlibat dalam skandal tersebut, Juventus telah dikenakan hukuman paling berat selepas pengintipan pihak polis mendapati pegawai Juventus Luciano Moggi mempengaruhi pemilihan pengadil yang sepatutnya mengadili sebahagian perlawanan.

Juventus yang ketika itu dilatih oleh Fabio Capello, telah dilucutkan gelaran liga 2005 dan 2006 serta diturunkan ke divisyen dua Itali. Bagaimanapun, laporan media Itali tidak mengatakan mengapa kelab hanya merayu kehilangan gelaran pada 2006.

Juventus, memperincikan kehilangan pendapatan dan kerosakan reputasi kelab, memetik Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) dalam rayuannya kepada Tribunal Pentadbiran Wilayah (TAR) yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai rayuan itu.

Tetapi TAR berkata, kes itu ditolak kerana ia dianggap telah diuruskan oleh mahkamah rayuan kepada panel timbangtara CONI sebelum ini.

Juventus melancarkan rayuan terhadap keputusan itu pada 2006 di dewan timbangtara CONI, di mana mereka tewas Oktober tahun itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA