Dimensi baru The Reds – Rodgers

Dimensi baru The Reds – Rodgers

LIVERPOOL, 18 Ogos – Pengurus Liverpool Brendan Rodgers menyokong Christian Benteke yang baru ditandatangani untuk merubah gaya permainan pasukan selepas bekas penyerang Aston Villa itu menyelamatkan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth yang baru menyertai kumpulan kelab elit Inggeris.

Benteke menjaringkan gol pada minit ke-26 di Anfield semalam, selepas menyudahkan hantaran lintang Jordan Henderson di depan KOP, dan jaringan itu kekal biarpun Philippe Coutinho dilihat berada pada kedudukan ofsaid.

Liverpool menerima pakai pendekatan langsung sekarang di mana Benteke berada dalam pasukan dan Rodgers berharap pemain antarabangsa Belgium itu yang diperoleh dengan 32.5 juta pound (AS$50.8 juta) akan membantu menyelesaikan masalah kemarau jaringan kronik yang membelenggu pasukannya musim lalu.

“Saya fikir dia membantu malam ini (semalam),” kata Rodgers. “Saya fikir anda melihat semua permainannya. Permainannya cemerlang dan dia mendapat sentuhan yang luar biasa bagi seorang pemain yang berbadan besar.

“Dia boleh membantu menghantar bola ke beberapa kawasan. Dia boleh membawa bola, mengawal dan menukar permainan. Sentuhannya bagus. Anda melihatnya berhubung dan bergabung. Ada satu ketika apabila bola melorong ke dalam kotak menjadi alasan kenapa kami menyambar beliau.

Rodgers berjabat tangan dengan bos Bornemouth, Eddi Howe (kiri) selepas perlawanan tamat semalam. - AFP
Rodgers berjabat tangan dengan bos Bornemouth, Eddi Howe (kiri) selepas perlawanan tamat semalam. – AFP

“Kerana kekuatan dan tenaganya, dia cuba untuk berdepan kontak dan kami mempunyai peluang dengan Coutinho. Dalam banyak keadaan, ia tidak pernah berlaku.

“Bola hadir dan mungkin dikeluarkan, tetapi kerana keadaan fizikal dan kontaknya, dia mengekalkan bola dalam kawasan–kawasan berbahaya. “Dan ia membantu. Apabila pemain biasa melihatnya dan berusaha, ia memberikan kami lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Jadi Benteke memberikan kami dimensi yang berbeza dalam permainan kami.

”Kemenangan 1-0 Liverpool di Stoke City memberikan mereka mata sama dengan Manchester City, Leicester City dan Manchester United di atas dalam senarai pendahulu awal musim. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA