Dimitri Payet puji permainan Griezmann

Dimitri Payet puji permainan Griezmann

PARIS, 4 Julai – Perancis melakukan kerja rumah bagi memastikan mereka tidak mengikuti jejak England dan tumbang kepada ‘pembunuh gergasi’, Iceland, dalam pertembungan suku akhir Euro 2016, awal pagi tadi, kata Dimitri Payet.

“Kami belajar kelemahan dan kekuatan mereka,” kata Payet selepas kemenangan 5-2 Perancis di Stade de France itu.

“Perkara itu yang membenarkan kami untuk menang malam ini.”

Payet turut memuji kerjasamanya dengan penyerang, Antoine Griezmann yang kini penjaring terbanyak Euro 2016 dengan empat gol. Penyerang Atletico Madrid itu mencipta gerakan bagi jaringan yang diledakkan Payet.

“Sesuatu yang menggembirakan apabila bermain dengan pemain seperti itu. Kami tidak memijak kaki masing-masing,” kata Payet yang menyifatkan hantaran Griezmann untuk gol yang diciptanya sebagai ‘hadiah.’

Reaksi Griezmann semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016. Payet memuji kerjasamanya dengan penyerang itu yang kini menjadi penjaring terbanyak Euro 2016 dengan empat gol. - AFP
Reaksi Griezmann semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016. Payet memuji kerjasamanya dengan penyerang itu yang kini menjadi penjaring terbanyak Euro 2016 dengan empat gol. – AFP

Mengulas pertembungan separuh akhir, Payet berkata Perancis perlu melupakan masalah kecederaan yang dihadapi Jerman menjelang aksi penting itu awal pagi Jumaat ini.

“Kami perlu mengingati yang mereka adalah juara dunia. Kami tahu apa yang perlu dijangka, kami tahu kualiti yang mereka miliki. Namun kami hanya perlu menjadi lebih kuat daripada malam ini,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA