Dingin melanda timur Australia

Dingin melanda timur Australia

SYDNEY, 12 Julai (dpa) – Musim sejuk dingin yang luar biasa telah melanda timur Australia hari ini dengan penurunan salji sehingga ke utara sempadan Queensland.

Angin kuat membawa angin sejuk yang dramatiknya digelar pusaran Antartika oleh beberapa media, mengakibatkan kemusnahan kepada beberapa kediaman kawasan pedalaman dan menerbangkan bumbung sebuah rumah di utara New South Wales.

Jalan-jalan ditutup selama beberapa jam ketika salji turun. Kebanyakan kediaman warga Australia tidak memiliki pemanas, dan ahli bomba sibuk memadamkan kebakaran ketika orang ramai menggunakan pemanas buatan sendiri di dalam rumah seperti barbeku.

Salji tebal turun di pergunungan sementara suhu kawasan pedalaman memuncak kepada 5 darjah Celsius. Pantai bebas salji namun Melbourne kesejukan 7 darjah sementara Sydney mencapai ke paras tinggi 13. Jerempak dingin dijangka akan berakhir beberapa hari lagi.

ARTIKEL YANG SAMA