Dipenjara 5 bulan memiliki syabu

Dipenjara 5 bulan memiliki syabu

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160615_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Seorang lelaki tempatan diperintahkan untuk menjalani hukuman lima bulan penjara selepas dia gagal untuk membayar denda $2,300 dalam tempoh tiga bulan yang diberikan.

Marawidi bin Effendi, 35, diberkas bersama 10 orang individu lain pada April 2013 oleh sepasukan perisikan Biro Kawalan Narkotik di sebuah restoran di Rimba.

Pemeriksaan badan yang dijalankan ke atas Marawidi menemui tiga paket jernih yang setelah dianalisis mengandungi 0.1221 gram methylamphetamine.

Tertuduh mengaku bersalah bagi tuduhan mengambil dadah dan juga pertuduhan memiliki syabu dalam sebutan pada Mac 2016.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara itu, berkuat kuasa hari ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Narkotik, Normahirah binti Rosli.

ARTIKEL YANG SAMA